Biasiswa Majlis Raja-Raja

Biasiswa Kumpulan Wang telah mulai dikeluarkan pada tahun 1967 kepada tiga orang pelajar dan kadar bayaran adalah mengikut biasiswa JPA. Bayaran biasiswa oleh Lembaga Kumpulan Wang adalah mengikut kadar bayaran yang sama dibuat oleh JPA dengan tambahan RM200 setiap penuntut. Jumlah keseluruhan penuntut yang diambil mulai tahun 1967 hingga tahun 2013 berjumlah 415 penuntut.