PIAGAM PELANGGAN PEJABAT PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA
- Melaksanakan Mesyuarat Majlis Raja-raja dan Mesyuarat Menteri Besar/ Ketua Menteri minimum 3 kali atau lebih dalam setahun sekiranya dititah.
- Memastikan Minit Mesyuarat Menteri Besar / Ketua Menteri dan Minit Mesyuarat Majlis Raja-raja Hari Pertama dikeluarkan dalam tempoh 1 hari.
- Memastikan Minit Mesyuarat Majlis Raja-raja Hari Kedua termasuk Minit Mesyuarat Hari Pertama (Kombinasi) diedarkan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh Mesyuarat Hari Kedua diadakan.
- Menguruskan notis panggilan mesyuarat, penyediaan agenda dan pengedaran Minit Mesyuarat Majlis Raja-raja (Khas) apabila berlaku kekosongan jawatan YDP Agong dan / atau Timbalan YDP Agong samaada mengikut tempoh 5 tahun atau kejadian kekosongan yang tidak dijangka.
- Mengeluarkan surat perkenan kepada Ahli Majlis Raja-raja bagi hal-hal pelantikan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh 7 hari dari agensi yang berkenaan.
- Menguruskan proses perisytiharan penetapan Awal Ramadan, Hari Raya Aidilifitri dan Hari Raya Aidiladha (1 kali setahun) bagi setiap urusan.
- Berutus dan berurus dengan JAKIM dan lain-lain Badan Agama Islam yang bersangkutan dengan Majlis Kebangsaan Agama Islam (MKI).
- Berurus dan bekerjasama dengan pihak Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Raja-raja (LKWBRR) yang ditubuhkan dan diberi tanggungjawab oleh Majlis Raja-raja.