Soalan Lazim
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Maklum Balas
Maklum Balas
Peta Laman
Peta Laman

Maklumat Majlis Raja-raja

Sebelum Pembentukan Durbar sebagai bibit Majlis Raja-raja

Sebelum Perang Dunia dan khasnya sebelum penaklukan Siam, British dan Jepun, Raja-raja dahulu merupakan Raja-raja berkuasa mutlak, dalam bidang perundangan, eksekutif dan kehakiman. Raja-raja ini memerintah Negeri masing-masing berdasarkan pertimbangan dan budi bicara baginda sendiri, dibantu oleh pelbagai kategori pegawai dengan tugas dan peranan yang ditentukan baginda. Pada zaman Kesultanan Melaka (1402-1511), para pegawai ini diketuai oleh Bendahara (sekarang iaitu jawatan yang setaraf dengan Perdana Menteri).


Penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun (1511-1641), dan Belanda (1641-1824), dst. British (1824-1957) tidak mengubah struktur tradisi Kesultanan Melayu.  Pengaruh British pula telah mula menyerap ke Semenanjung Tanah Melayu apabila British bertapak dan memerintah Pulau Pinang pada 1786, terpisah dari Kesultanan Kedah.  Pemerintahan Pulau Pinang meliputi Seberang Perai (1800) dan Pangkor (1826-1936) serta Dinding/Manjung (1874-1936).  Pada awal tahun 1874 pula, pihak British mencampuri pentadbiran Kesultanan Melayu Perak dan seterusnya dari masa ke masa semua Kesultanan dengan perjanjian yang mensyaratkan baginda mendapat seraya menurut nasihat pegawai British sama ada bergelar British Resident bagi Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan ataupun British Advisors bagi Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu (1919) ataupun General Advisor bagi Negeri Johor (1914).

 

Sebelum pihak British melengkapkan penguasaan politik mereka terhadap Kesultanan-kesultanan Melayu, mereka terlebih dahulu menggabungkan kuasa pentadbiran mereka, dengan membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS) pada tahun 1896 dan kemudiannya menubuhkan sebuah Majlis Mesyuarat Persekutuan (FMS Legislative Council) pada tahun 1909, yang ahlinya termasuk empat orang Raja-raja Melayu, yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British. 


Sungguhpun pihak British cuba mengekalkan kedaulatan Kesultanan Melayu, tetapi apa yang tinggal bagi Raja-raja Melayu, hanyalah amnya tugas-tugas yang berkaitan dengan upacara adat istiadat dan hal-hal keagamaan.

 
Meskipun Majlis Raja-raja yang ada sekarang merupakan struktur formal Perlembagaan, nama Majlis ini tidak dapat dipisahkan daripada Kesultanan-kesultanan Melayu yang merupakan tonggak sistem atau institusi beraja di Malaysia. Sebab itu sejarah awal Majlis Raja-raja elok dimulai dengan menelusuri secara sepintas lalu kemunculan Kesultanan Melayu yang ada sekarang. Ini penting bagi menunjukkan pertalian awal di kalangan keluarga diraja yang ada di Malaysia sekarang, sesuatu yang tidak kurang pentingnya dalam menyediakan persekitaran yang akhirnya melahirkan Majlis ini.


Kemunculan dan kedudukan Kesultanan Melayu tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan Kesultanan Melayu Melaka (1402-1511). Meskipun kesultanan ini bukan kesultanan yang tertua, sebab Kesultanan Kedah telah pun diasaskan sekitar kurun ke-13,  Kesultanan Melayu Melaka mempunyai faktor signifikan yang besar dalam membina tradisi dan adat istiadat istana yang kemudiannya diwarisi oleh Kesultanan-kesultanan yang muncul kemudiannya. Selain itu, Kesultanan Melayu Melaka juga mempunyai peranan dalam membantu mengasas dan memperkukuhkan kebanyakan Kesultanan yang ada sekarang.


Daripada sembilan Kesultanan yang ada, hanya Kesultanan Melayu Perak sahaja yang mempunyai pertalian langsung dengan Kesultanan Melayu Melaka sebab Sultan Perak yang pertama yang ditabal pada 1528 ialah anakanda kepada Sultan Mahmud yang terakhir dari Melaka.

 

Kesultanan Kedah yang pernah dilindungi oleh Melaka memiliki beberapa peralatan diraja termasuk nobat yang dianugerahkan kepada Kesultanan ini oleh Kerajaan Melaka. Kesultanan Selangor, meskipun diasaskan oleh orang Bugis pada kurun-18, telah diberi keabsahan oleh Kesultanan Perak yang mempunyai pertalian langsung dengan Raja-raja Melaka. Kesultanan-kesultanan lain seperti Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu muncul selepas keturunan Kesultanan Melayu Melaka pupus. Kesultanan-kesultanan ini jelas mengisi dan meneruskan warisan yang dikosongkan oleh Kesultanan Melayu Melaka selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis. Begitu juga dengan Negeri Sembilan, meskipun Raja-rajanya berasal dari Sumatera. Apabila pihak British campur tangan di Negeri-negeri Melayu, bermula dengan Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 dan berakhir dengan perjanjian British dengan Johor pada 1 Mei 1914.


Kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja yang berdaulat tidak berubah. Inilah kedudukan Raja-raja di sisi undang-undang, walaupun kenyataannya mungkin tidak sedemikian bebas dan berdaulat. Prinsip ini telah diisytiharkan oleh beberapa keputusan mahkamah yang berbeza kedudukannya dengan kedudukan Raja-raja Melayu dalam Malayan Union. Walaupun demikian, Raja-raja terpaksa tunduk kepada kehendak dan tekanan pihak British. Meskipun tekanan itu boleh dipersoalkan di sisi undang-undang, pihak British mempunyai kekuatan untuk memaksa Raja-raja Melayu mematuhi nasihat mereka.   Hakikatnya pihak British yang membentuk dan mengawal polisi pentadbiran dan pelaksanaannya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Raja-raja tahu apa yang baginda terima bukanlah sesuatu yang dimaksudkan ketika baginda menandatangani perjanjian dengan pihak British.

Pengenalan

Majlis Raja-raja ditubuhkan secara formalnya dalam tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan. Sebelum Persekutuan wujud, sembilan Negeri-negeri Melayu dan dua Negeri-negeri Selat (British Straits Settlements) telah ditadbir sebagai Malayan Union di bawah pemerintah tertinggi seorang Gabenor British, iaitu antara 01.04.1946 dan 31.01.1948. Singapura yang juga adalah sebuah Negeri Selat telah dipisahkan sebagai Tanah Jajahan British (British Crown Colony). Malayan Union menggantikan Pentadbiran Tentera British (British Military). Administration (September 1945-April 1946) yang memerintah sementara selepas kekalahan Jepun yang menakluki Negara ini dari akhir 1941 hingga September 1945.

Sebelum itu Negeri-negeri di Semenanjung di perintah secara berlainan iaitu terdapat lima Negeri Melayu yang tidak bergabung (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor manakala empat pula bergabung sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) terdiri daripada Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan antara 1896 dan 1941 dan juga tiga Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu menganjurkan Durbar iaitu forum bersama antara Raja-raja dan pihak pentadbir British yang bermesyuarat dari masa ke masa. Durbar itulah precursor iaitu pelopor kepada Majlis Raja-raja sekarang.

Terengganu
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Darjah KebesaranD.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K.,(Perlis), D.K.(Johor), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Kedah), D.K.(Kelantan), D.K.(Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France), The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Collar De La Orden Al Merito De Chile (Chile), Necklace of Independence (Qatar), Bintang Republik Indonesia ADIPURNA (Indonesia).
Tarikh/Tempat Keputeraan22 Januari 1962 di Bandar Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Naik Takhta/TabalTakhta: 15 Mei 1998 / 4 Mac 1999
Pendidikan1. Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
2. Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
3. Geelong Grammar di Melbourne, Australia (1980-1981)
4. International University - Europe, England (1988)
Kor.Kol Kehormat1. Kolonel Yang Di-Pertua Kor. Ordnans DiRaja
2. Kolonel Yang Di-Pertua Kor. Armor DiRaja
Canselor IPTA/IPTAUiTM
Yang di-Pertuan AgongKetigabelas (13.12.2006-12.12.2011)
Timbalan Yang di-Pertuan Agong1. Kesebelas (26.04.1999-12.12.2001)
2. Keduabelas (13.12.2001-12.12.2006)
Pahang
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Darjah KebesaranD.K.(Terengganu), D.K., S.S.A.P.
Tarikh/Tempat Keputeraan
Tarikh Dilantik
Pendidikan
Canselor IPTA/IPTA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA DAN TUAN-TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI
1. YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA XVI

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, D.K (Johor), D.K (Perak), D.K (Kelantan), D.K. (Perlis), D.K (Selangor), D.K (Negeri Sembilan), D.K (Terengganu), D.K.M.B. (Brunei), S.P.M.J, S.S.I.J, S.P.M.T, S.M.N, S.P.M.K, S.P.M.P, P.I.S. - (Naik Takhta Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim pada 23 Januari 2010)